Tuesday, September 05, 2006
Thursday, December 01, 2005
Laman Impian
Indah, ceria dan berseri menjadi inspirasi, tempat bersantai, tenangkan hati, sejukkan mata, itulam laman impian. Ingin berkongsi dengan semua keindahan ciptaan ilahi, tumbuh-tumbuhan menghijau, deruan air, bunga-bunga berkembang membangkitkan kesegaran dan menghilangkan penat setelah seharian berkerja.
Laman akan selalu diolah agar tidak jemu mata memandang. Dari tumbuh-tumbuhan hiasan sehinggalah tumbuh-tumbuhan herba dan pelbagai ulam-ulaman. Berinteraksi dengan tumbuh-tumbuhan sungguh menenangkan.
Semoga laman ini dapat dikongsi bersama kepada penggemar hiasan laman.














